Wednesday, September 8, 2010

sigh

don't judges a book by its cover.
knakla maseh wujud manusia mcm tok ddunia?

Saturday, July 31, 2010

yohh

salam

memang lamak dah sik update blog tok.
ibohkan update.apatah lagik aku nak ngagak blog tok.

Friday, December 11, 2009

nampaknya . .

sudah lama aku tidak kunjung ke laman ini
rasa rindu untuk menaip
biar sang blogger-blogger yang sudi
membaca catitan hidup aku yang tak seberapa

aku baru saja menamatkan persekolahanku
di sekolah teknik miri kelmarin

ya
bunyi nya agak sedih bercampur gembira
yang sedihnya
aku tidak dapat lagi berjumpa dengan kawan-kawanku
cikgu-cikgu
tak ada lagi kedengaran ketawa,gurauan,pakai baju sekolah
semua nya tinggal kenangan

tak sangka
masa berlalu dengan cepat
sebaik saja wisel ditiupkan kelmarin
perasaan emosional bercampur aduk dengan kegembiraan menyelubungi diri aku

tak tahu apa hala tuju aku selepas ini
mungkin duduk rumah
pusing-pusing satu bandar
mungkin juga santai menghabiskan beras di rumah
atau 'jamming bersama kawan'

buat masa ini
aku ada 3 minggu saja lagi nak bercuti
nak bersama dengan kawan
kerana bulan Januari nanti
aku akan ke Selangor selama 3 bulan
mengikuti kem PLKN yang bagiku amat membuang masa

ya
mungkin pada mulanya tanggapan aku begitu
aku harap pada akhirnya nanti
akan memberikan faedah kepadaku
mana tahu kelak
aku akan jadi seorang yang lebih berdikari
lebih 'tough'
lebih tegas
atau mungkin lebih 'berdisiplin'

salam .


p/s: apa projek best-best kaktok geng?haha






Thursday, July 23, 2009

wah

salam

pejam celik pejam celik
sudah 17 tahun aku di dunia
syukurlah
aku masih hirup udara hingga kini
alhamdulillah




Sunday, July 5, 2009

Terima Kaseh

salam

kelmarin,
hari sabtu
hari Konferensi Ibu Bapa dan Guru
perjumpaan PIBG sebelum nak masok SPM

pukul 6.15 bangun pagi
pegang kepala(oh damn mann..demam)
terpaksa pergi
sebab wajib

angkat dari tempat tidur
aduh,sakit pinggang pula
after itu
mandi
pakai uniform pengawas(bilala mok resign)

siap-siap
tengok garaj,kereta mak dekat depan sekali
paksalah aku yang alih kereta kat belakang
time alih
ada suara dari tingkap jamban
'abg: kedak orang mok pegi ofis ko"(cibet ko mi)
tu lah pasal
siap pakai blazer,necktie,sikat belah tepi
complete smua

bertolak ke sekolah
pastu sampai
jumpa la cikgu bm
bagi komen
baek punyer

lepas tu jumpa cikgu tingkatan,mate,lk physics,chem
komen semua bagus
alhamdulillah
jumpa cikgu addmath
aku dah agak dah
memang dia akan cakap dengan bapak aku
yang aku ni ditangkap menolong kawan membuat kuiz addmath
padahal,dia suruh aku minta ajar
tetapi tak paham
alih-alih
'geng,aku jak molah kuiz kau ya'
overall
semua cikgu cakap teruskan usaha,jaga kesihatan

then
jumpa ayahanda merangkap cikgu mekanikal kami
bagi komen selamba
dia cakap bulan puasa nanti
ada kelas tambahan
dugaan-dugaan
perjumpaan tamat

time balik
badan aku rasa nak shutdown
pergi klinik (cantikla nurse..)
bagi ubat

tiba-tiba
shamsul sms
pukul 12 ada tuisyen(ingat pukol 3.30)
makan ubat
ada rasa sihat sikit
pergi tuisyen
belajar belajar belajar


p/s:terima kasehla cikgu kerana sudi memberik komen bagus dengan bapak ku







Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa

salam,

aku tahu kau selalu mencuba untuk memuaskan
hati kami berlima
dengan segala
kasih sayang,tempat tinggal,sekolah,wang ringgit

ya,
kadang-kadang aku suka sangat mengecilkan hatimu
padahal aku tidak berniat berbuat begitu
mungkin rasa-rasa memberontak ada dalam darah remaja

apa yang kudoakan kelak
agar umurmu makin panjang
Tuhan limpahkan rezeki yang murah
rupa wajah awet muda
bukan ilmu guna-guna

terima kasih Tuhan
kerana izinkan aku merasa kasih sayang
seorang insan bergelar ayah



Saturday, June 13, 2009

Haiihh



cuti pertengahan tahun tinggal satu hari saja lagi
tiap saat ternanti-nanti
pagi petang tercari-cari
tiap malam termimpi-mimpi(macam kenal jak ayat tok)
spm,spm

jadual pun sudah keluar
18hb 11 dah start
16hb 12 baru tamat
sikit jak lagik masa ya

cakap pasal spm kawan-kawan lain pasti dah muak dengar
dahlah teknikal lambat tamat

tahun depan mak cakap
dapat keputusan sambung belajar terus
tiada cuti-cuti(
ingat nak simpan rambut sampai pusat)

tapi tidak apa,
sebelum keputusan spm kelak
gitar,kerja,lesen kereta
mesti dalam tangan
insyaAllah

plus,
aku dah pandai sikit-sikit main goreng lagu yang aku suka
terima kasih kerana meng-upload video ini