Friday, December 11, 2009

nampaknya . .

sudah lama aku tidak kunjung ke laman ini
rasa rindu untuk menaip
biar sang blogger-blogger yang sudi
membaca catitan hidup aku yang tak seberapa

aku baru saja menamatkan persekolahanku
di sekolah teknik miri kelmarin

ya
bunyi nya agak sedih bercampur gembira
yang sedihnya
aku tidak dapat lagi berjumpa dengan kawan-kawanku
cikgu-cikgu
tak ada lagi kedengaran ketawa,gurauan,pakai baju sekolah
semua nya tinggal kenangan

tak sangka
masa berlalu dengan cepat
sebaik saja wisel ditiupkan kelmarin
perasaan emosional bercampur aduk dengan kegembiraan menyelubungi diri aku

tak tahu apa hala tuju aku selepas ini
mungkin duduk rumah
pusing-pusing satu bandar
mungkin juga santai menghabiskan beras di rumah
atau 'jamming bersama kawan'

buat masa ini
aku ada 3 minggu saja lagi nak bercuti
nak bersama dengan kawan
kerana bulan Januari nanti
aku akan ke Selangor selama 3 bulan
mengikuti kem PLKN yang bagiku amat membuang masa

ya
mungkin pada mulanya tanggapan aku begitu
aku harap pada akhirnya nanti
akan memberikan faedah kepadaku
mana tahu kelak
aku akan jadi seorang yang lebih berdikari
lebih 'tough'
lebih tegas
atau mungkin lebih 'berdisiplin'

salam .


p/s: apa projek best-best kaktok geng?haha






Thursday, July 23, 2009

wah

salam

pejam celik pejam celik
sudah 17 tahun aku di dunia
syukurlah
aku masih hirup udara hingga kini
alhamdulillah




Sunday, July 5, 2009

Terima Kaseh

salam

kelmarin,
hari sabtu
hari Konferensi Ibu Bapa dan Guru
perjumpaan PIBG sebelum nak masok SPM

pukul 6.15 bangun pagi
pegang kepala(oh damn mann..demam)
terpaksa pergi
sebab wajib

angkat dari tempat tidur
aduh,sakit pinggang pula
after itu
mandi
pakai uniform pengawas(bilala mok resign)

siap-siap
tengok garaj,kereta mak dekat depan sekali
paksalah aku yang alih kereta kat belakang
time alih
ada suara dari tingkap jamban
'abg: kedak orang mok pegi ofis ko"(cibet ko mi)
tu lah pasal
siap pakai blazer,necktie,sikat belah tepi
complete smua

bertolak ke sekolah
pastu sampai
jumpa la cikgu bm
bagi komen
baek punyer

lepas tu jumpa cikgu tingkatan,mate,lk physics,chem
komen semua bagus
alhamdulillah
jumpa cikgu addmath
aku dah agak dah
memang dia akan cakap dengan bapak aku
yang aku ni ditangkap menolong kawan membuat kuiz addmath
padahal,dia suruh aku minta ajar
tetapi tak paham
alih-alih
'geng,aku jak molah kuiz kau ya'
overall
semua cikgu cakap teruskan usaha,jaga kesihatan

then
jumpa ayahanda merangkap cikgu mekanikal kami
bagi komen selamba
dia cakap bulan puasa nanti
ada kelas tambahan
dugaan-dugaan
perjumpaan tamat

time balik
badan aku rasa nak shutdown
pergi klinik (cantikla nurse..)
bagi ubat

tiba-tiba
shamsul sms
pukul 12 ada tuisyen(ingat pukol 3.30)
makan ubat
ada rasa sihat sikit
pergi tuisyen
belajar belajar belajar


p/s:terima kasehla cikgu kerana sudi memberik komen bagus dengan bapak ku







Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa

salam,

aku tahu kau selalu mencuba untuk memuaskan
hati kami berlima
dengan segala
kasih sayang,tempat tinggal,sekolah,wang ringgit

ya,
kadang-kadang aku suka sangat mengecilkan hatimu
padahal aku tidak berniat berbuat begitu
mungkin rasa-rasa memberontak ada dalam darah remaja

apa yang kudoakan kelak
agar umurmu makin panjang
Tuhan limpahkan rezeki yang murah
rupa wajah awet muda
bukan ilmu guna-guna

terima kasih Tuhan
kerana izinkan aku merasa kasih sayang
seorang insan bergelar ayah



Saturday, June 13, 2009

Haiihh



cuti pertengahan tahun tinggal satu hari saja lagi
tiap saat ternanti-nanti
pagi petang tercari-cari
tiap malam termimpi-mimpi(macam kenal jak ayat tok)
spm,spm

jadual pun sudah keluar
18hb 11 dah start
16hb 12 baru tamat
sikit jak lagik masa ya

cakap pasal spm kawan-kawan lain pasti dah muak dengar
dahlah teknikal lambat tamat

tahun depan mak cakap
dapat keputusan sambung belajar terus
tiada cuti-cuti(
ingat nak simpan rambut sampai pusat)

tapi tidak apa,
sebelum keputusan spm kelak
gitar,kerja,lesen kereta
mesti dalam tangan
insyaAllah

plus,
aku dah pandai sikit-sikit main goreng lagu yang aku suka
terima kasih kerana meng-upload video ini








Thursday, June 4, 2009

shhh

spm makin dekat

jangan banyak cakap

Friday, May 15, 2009

Ini aku nak cerita



salam,

aku kasihan tengok gambar di atas

kalau korang nak tahu
gambar di atas merupakan
seorang bintang kecil filem 'Slumdog Millionare'

nak tahu ceritanya?
begini,
Azharuddin Ismail,9 tahun
memegang watak Salim dalam cerita 'Slumdog Millionare'
telah kehilangan tempat berteduh

tempat tinggalnya diroboh oleh pihak bandar raya
atas sebab membina rumah haram di longkang
alasannya longkang tersebut perlu dibersihkan sebelum
ketibaan 'monsoon'

apa yang menjadi tanda tanya
di mana kesedaran mereka yang telah mengambilnya berlakon
filem pun dapat sambutan
menang Grammy Award lagi

takkan royalti untuk budak ini tiada
sekurang-kurangnya
binalah satu rumah yang bagus untuknya

aku benci melihat orang yang
sengaja mengambil kesempatan terhadap orang lain
itulah
zaman sekarang
orang kaya makin kaya
orang miskin makin miskin


p/s:aku taip post ini,orang ingat aku tak kasihankan orang kita
tapi pada pendapat aku orang luar juga sama seperti kita tiada bezanya



Sunday, May 10, 2009

miaow miaow miaow...



bukan apa,
nak termiaow2

saja nak ucapkan
"Selamat Hari Ibu"

kepada mak yang tersayang dirumah
dan ibu2 jiran sebelah,saudara,kawan2 dan juga seluruh dunia

Friday, May 1, 2009

Kembali

salam

tiada idea untuk menaip sesuatu
ke dalam blog ini
tidak apa..

kelmarin aku jumpa video ini di youtube
ia sebuah cover kepada soundtrack cerita yang mak aku minati
di sebuah siaran televisyen berbayar

aku melihat cover ini
kagum melihat orang barat fasih berbahasa indonesia




video ini juga aku tujukan kepada kucing peliharaan keluarga ku

apa-apapun,
selamat hari pekerja yang bekerja






Saturday, April 11, 2009

Pertama kali

salam,

aku ini seorang yang tidak suka akan
filem hindustan
asyik-asyik peluk cium peluk cium
menari,sedih,mati,happy ending

tapi ada satu cerita hindustan
yang buat aku kagum
cerita itu ialah



cerita ini mengisahkan lelaki yang bernama Jamal Malik,berumur 18 tahun
merupakan anak yatim piatu daripada kawasan miskin tegar
di Mumbai,yang sedang menjalani sesuatu pengalaman hebat dalam hidupnya

dengan ditonton seluruh warga India,satu lagi langkah untuk memenangi 20 juta rupees
dalam rancangan "who want to be a millionare",
tiba-tiba dia telah ditangkap pihak polis kerana didakwa telah menipu

hairan juga bagaimana dia dapat menjawab semua soalan
perjalanan hidupnya sebagai seorang yatim piatu lagi miskin
memberi klu kepadanya untuk setiap soalan yang diberi

adakah Jamal dapat menjawab soalan yang terakhir?
lu tengokla sindri..

oh ya
ost cerita ini dinyanyikan oleh
Pussycat Dolls
Pussycat Dolls Sings Jai Ho Video - Awesome video clips here

layan juga tengok mereka menari
huahuahua

Walaupun tak masok AF,tapi dia ada aura

salam,

baru-baru ini aku(baruk jak 5 minit yang lalu)
seperti biasa membuka youtube
membuang boring

terserempaklah video tentang pelajar af7 yang nama nya Aril
tak silap aku dia seorang shuffler
member shuffle dia telah merakamkan sebuah video
seorang peserta ujibakat yang pernah ditemuramah jimmy shanley

video ini dirakam sebelum konsert itu bermula
nak tengok?

nah,



p/s:aku liat juak af,ya pun tpaksa liat sbb makbpk aku af diehardcorefan..huahuahua

Sunday, March 29, 2009

Malam ini ku sendiri..

salam,

hari ini merupakan hari kedua aku keseorangan di rumah
tak sangka malam ini
aku kena masak sendiri
basuh kain sendiri
makan sendiri
tidur sendiri(walaupun ditemani Intan)
kemaskan rumah sendiri
semuanya sendiri

malah,
aku pun tak sempat nak keluar bersama kawan-kawan
sibuk dengan kerja di rumah
sepatutnya aku keluar bersama mereka
kerana aku sudah berjanji dengan mereka


mak,
aku penat mengganti kerja kamu sebagai suri rumah
harap masa berlalu cepat

bapak,
barang yang ku pesan
jangan sik sik


p/s:Intan nama diatas merupakan seekor kucing berwarna putih krim yang sering bergurau kasar (gigit kaki) dengan aku

Saturday, March 21, 2009

Barangan kehendak semasa


salam,

bosan betul main gitar hanya ada 4 efek yang terdapat pada amp aku
iaitu reverb,delay,chorus,dan flange
asyik-asyik efek yang sama

mulai hari kelmarin
aku telah menyimpan duit ke dalam tabung dan berharap agar 'bapak'
aku sendiri sanggup sponsor untuk membeli 'zoom G2'
hehe




yang menarik tentang benda ini
antaranya ialah

1. 54 jenis efek

2. dalam efek ada built in PCM drum

3. 9 efek modules

4. 40 user patch + 40 factory patch

dan banyak lagi...

selain efek,
aku juga ingin beli...


gibson's strap kilat2

ini,



beg gitar ala-ala beg sekolah

ini



chromatic tuner



dan akhir sekali



nak jadi hebat macam dia



p/s:kadang2 aku rasa masih tak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang



Tuesday, March 17, 2009

ya,saya undi Bumi





salam,
hari ini aku ingin bercakap tentang Bumi kita
mungkin ramai yang tidak tahu apa itu 'Earth Hour' kebelakangan ini
yang sering disiarkan di media kita
yang peliknya orang ramai akan bergelap gelita selama satu jam untuk menyokong kempen ini

sebenarnya
kempen ini adalah untuk menunjukkan keprihatinan kita terhadap
Bumi bagi menangani masalah permanasan global

bagi menyokong kempen ini
Earth hour akan mengajak kita semua beramai-ramai memadam segala perkakas elektrik
dan sebagainya dapat mengurangkan perlepasan lapisan karbon dioksida dan sekaligus mengurangkan suhu bumi

jadi,
kemungkinan besar bencana alam,ais di kutub utara cair,kepupusan flora fauna dapat dikurangkan
pada 28.03.09
marilah kita sama-sama kita menutup bekalan elektrik selama satu jam atau selama mana yang boleh



Saturday, March 14, 2009

Say hello to my 'Bini' lok



salam,
tercapai jugak hasrat aku nak benda ini
alhamdulillah



Sunday, March 1, 2009

BANGUN!!

salam,

ujian oii..
belajar lagik..
sudah-sudahlah melayan dunia imaginasi

Saturday, February 28, 2009

Kasih ku padanya

salam,


Betul si dia perlukan pertolongan?

adakah aku perlu menolongnya?

sedangkan si dia benar-benar memerlukan aku

apakah yang aku dapat sekiranya aku menolongnya?

adakah dia membalas jasa ku?

ya aku mengaku aku sayangkan kamu

setiap hari aku sengaja buat bodoh di depan kamu

sekadar mahu menarik perhatian kamu

tidak apa
kerana aku sayangkan dia



meh,
biar aku tolong ..
kesian....












p/s:sapa suroh gaok,kan dah terkait langsir...

Friday, February 27, 2009

Ya,aku memang..

Salam,

Peperiksaan datang lagi..
aku belum sedia untuk menjawab kertas soalan yang bermula pada selasa ini
aku memang merasakan mood belajar aku tahun ini berbeza dengan tahun lepas
tahun lepas,aku memang rajin
ya memang rajin

Entahlah
mengapa aku semakin hari semakin malas
memang muktamad aku tidak lagi menduduki tangga pertama dalam kelas aku dan tiada lagi senarai nama aku dalam pelajar terbaik teknikal (ada pelajar baru pandei lagik dari aku,haha)
sekiranya aku belum pandai berfikir sekarang

Mungkin aku menjadi begini kerana
aku malas belajar atas sebab aku duduk di barisan belakang
aku pengawas yang sering kali tidak masuk kelas atas sebab tugas yang dilempar kepada ku
aku masih di awang-awangan dengan dunia imaginasi
aku suka tidur dan bermain-main serta tidak serius
aku cepat bosan dengan kerja sekolah/rumah yang menimbun

Xpa2..
setaun jak lagik
saba...

Ah
siapa peduli
pasang headphones,dengar lagu

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA








Saturday, January 31, 2009

Gitar Idaman



salam,

sudah berbulan-bulan aku menunggu kehadiran gitar idamanku
aku berharap cuti bulan 3 nanti
aku dapat pergi ke Kuching
disana terdapat gitar les paul
tidak kirala jenama epiphone,gibson,mahupun santa cruz(kecuali
SX)
aku tetap ingin memiliki gitar les paul sendiri
hal ini kerana aku minat akan kelebihan les paul dari gitar yang lain

apabila aku sudah memilikinya
harap-harap aku dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran
tidaklah aku sentiasa sibuk dengan muzik saja
hehe

Friday, January 30, 2009

Selamat Pagi,Pagi

mood:malas,marah,cool(cubaan)
salam,

tidak lama lagi cuti yang tidak membawa faedah ini akan pergi
2hb pula kembali ke bangku sekolah
terpaksa bangun awal pagi membawa beg yang berat penuh dengan ilmu
walaupun keberatan hati untuk ke sekolah

baru aku sedar
segala kerja sekolahku belum diselesaikan
akibat daripada kemalasan dan rajin menghabiskan masa dengan permainan video ,melayari internet,berpeleseran di kota (maka mok spm taun tok)

dah dah
layan dulu lagu ini

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


p/s:baju liverpool nok aku beli dari internet masih juak sik sampei-sampei..aritok ari jumaat jangan lupak sembahyang jumaat


Thursday, January 29, 2009

klaka klaka klaka

salam,

sudah lama aku meng'asam' blog ini
sudah tiba masanya aku aktifkan nya
untuk post yg pertama ini
aku sajikan lagu pada kamu lagu ini

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


entah mengapa aku selalu memutarkan lagu ini
mungkin liriknya begitu padan dengan situasi aku kebelakangan ini