Saturday, February 28, 2009

Kasih ku padanya

salam,


Betul si dia perlukan pertolongan?

adakah aku perlu menolongnya?

sedangkan si dia benar-benar memerlukan aku

apakah yang aku dapat sekiranya aku menolongnya?

adakah dia membalas jasa ku?

ya aku mengaku aku sayangkan kamu

setiap hari aku sengaja buat bodoh di depan kamu

sekadar mahu menarik perhatian kamu

tidak apa
kerana aku sayangkan dia



meh,
biar aku tolong ..
kesian....












p/s:sapa suroh gaok,kan dah terkait langsir...

Friday, February 27, 2009

Ya,aku memang..

Salam,

Peperiksaan datang lagi..
aku belum sedia untuk menjawab kertas soalan yang bermula pada selasa ini
aku memang merasakan mood belajar aku tahun ini berbeza dengan tahun lepas
tahun lepas,aku memang rajin
ya memang rajin

Entahlah
mengapa aku semakin hari semakin malas
memang muktamad aku tidak lagi menduduki tangga pertama dalam kelas aku dan tiada lagi senarai nama aku dalam pelajar terbaik teknikal (ada pelajar baru pandei lagik dari aku,haha)
sekiranya aku belum pandai berfikir sekarang

Mungkin aku menjadi begini kerana
aku malas belajar atas sebab aku duduk di barisan belakang
aku pengawas yang sering kali tidak masuk kelas atas sebab tugas yang dilempar kepada ku
aku masih di awang-awangan dengan dunia imaginasi
aku suka tidur dan bermain-main serta tidak serius
aku cepat bosan dengan kerja sekolah/rumah yang menimbun

Xpa2..
setaun jak lagik
saba...

Ah
siapa peduli
pasang headphones,dengar lagu

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA