Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa

salam,

aku tahu kau selalu mencuba untuk memuaskan
hati kami berlima
dengan segala
kasih sayang,tempat tinggal,sekolah,wang ringgit

ya,
kadang-kadang aku suka sangat mengecilkan hatimu
padahal aku tidak berniat berbuat begitu
mungkin rasa-rasa memberontak ada dalam darah remaja

apa yang kudoakan kelak
agar umurmu makin panjang
Tuhan limpahkan rezeki yang murah
rupa wajah awet muda
bukan ilmu guna-guna

terima kasih Tuhan
kerana izinkan aku merasa kasih sayang
seorang insan bergelar ayah



Saturday, June 13, 2009

Haiihh



cuti pertengahan tahun tinggal satu hari saja lagi
tiap saat ternanti-nanti
pagi petang tercari-cari
tiap malam termimpi-mimpi(macam kenal jak ayat tok)
spm,spm

jadual pun sudah keluar
18hb 11 dah start
16hb 12 baru tamat
sikit jak lagik masa ya

cakap pasal spm kawan-kawan lain pasti dah muak dengar
dahlah teknikal lambat tamat

tahun depan mak cakap
dapat keputusan sambung belajar terus
tiada cuti-cuti(
ingat nak simpan rambut sampai pusat)

tapi tidak apa,
sebelum keputusan spm kelak
gitar,kerja,lesen kereta
mesti dalam tangan
insyaAllah

plus,
aku dah pandai sikit-sikit main goreng lagu yang aku suka
terima kasih kerana meng-upload video ini








Thursday, June 4, 2009

shhh

spm makin dekat

jangan banyak cakap